Tempat menarik Bandung, WAJIB ada dalam list!

March 20, 2020



Assalamualaikum, entry kali ni pula trip ke Bandung, Indonesia. Trip kali ni excited and best sebab travel with Ara Clarissa. Bandung ni boleh dikategorikan friendly kids sebab tempat-tempat dia memang nyaman, tenang, kehijauan and cuaca pun tak panas. Korang dah plan nak ke Bandung, boleh masukkan list tempat kat bawah ni dalam itinerary korang.


Duit - kitorang bawa untuk shopping/supir/makan. Untuk hotel and flight dah siap2 book. So dalam RM1500 untuk 2 orang.

Supir- Higly recommended korang book hayukka bandoeng harga murah berbanding lain. AND kitorang dapat supir yang full knowledge dalam bandung, kelakar and penuh punchline namanya pak ujang. Pak Ujang aturkan semua tempat kitorang nak pergi.

Ni lah supir paling best, Pak Ujang. 

Makanan- Makanan indonesia tak jauh beza dengan kita pun. Sedap & bersih kena tanya supir tempat makan yang best. Kitorang tak bawak makanan extra. Kat sana Mart dia best. So jimat space beg.


Tempat penginapan-  Semua book daripada agoda, 3 hari stay di hotel di town bandung , and 1 hari kitorg stay di resort dalam hutan (Ada di bawah)

SimCard- Kitorang minta supir belikan. Dalam RM40++ 5gb untuk 2 sim. 


Okay kat bawah ni tempat-tempat wajib masuk dalam list itinerary bandung ya!



Kawah putih



Entrance fee - IDR75,000 (sorang)
Bus/truck - IDR25,000 (sorang)

Kawah putih tempat yang wajib dalam list, tempat cantik, pemandangan yang unik sangat and  suhu sejuk dalam 17c sejuk tau. So kalau bawa baby or kanak-kanak standby sweater or kain untuk tutup. Sulfur kawah tu tak kuat or tak rasa sangat kalau bawak baby tu sesuai lagi. Bila dah sampai kawah putih, korang boleh pilih nak bawa kereta korang naik or naik bus/truck, so kami pilih untuk naik bus truck harga jauh lagi murah dari naik kereta, tapi last2 menyesal sebab kena berebut2. Nampak je banyak bus dia, tapi sampai atas nak balik kene berebut. BIG NO kalau bawa baby or kanak-kanak or warga tua korang naik je kereta bayar lebih janji selesa yedokk? Apa-apa pon kawah putih memang cantik untuk pergi! 10/10


Glamping




Glamping
 Entrance fee - IDR20,000 (sorang)

Glamping ni satu jalur dengan kawah putih, boleh singgah masuk pun murah and ada tempat makan dalam kapal tu. Glamping ni unik juga dalam tu ada kapal separuh dan pemandangan sangat cantik hutan-hutan. Tempat ni tak besar pun boleh siap pusing2 ambil gambar sejam macamtu settle dah. Nice 9/10


Orchid Forest Cikole Dan


Orchid Forest Cikole Dan
Entrance fee - IDR100,000 (sorang)

Tempat ni jauh sikit dari town, kitorang bayar extra untuk ke sini and guess what? Totally worth it! Tempat ni besar tak sempat habis pusing satu kawasan, jalan mana yang larat jela sebab kena mendaki bukit, Semput sis. kihkihkih. Kalau nak pergi sini better petang2, baru ada lampu2 and kabus macamtu, haa bandung ni memang banyak tempat sejuk2 kan. Haa best sangat dengan semua port instagramable punya lah.


The Lodge Maribaya




The lodge Maribaya
Entrace fee - IDR50,000
(**include fairy garden, voucher makan & voucher minum susu untuk sorang**)

Kat Bandung banyak tempat spot bergambar tergantung macamni, so kitorang pilih satu je sebab nak bergambar dekat hot balloon. Lain tempat lain spot gambar tergantung, korang boleh search mana yang korang rasa nak or nak pergi semua pun boleh kalau korang banyak free time. The lodge ni setiap spot bergambar lain2 harga, so kami ambil 3 spot je untuk kenangan.Opss nak softcopy gambar pon ada ongkos nya! Dalam tu ada tempat makan, time beli tiket tu akan dapat IDR5,000 voucher makanan so korang boleh tebus mana-mana kedai makanan dalam tu. Akhir sekali before balik boleh redeem susu pula & beli softcopy gamba yang korang posing tu. Untuk gambar korang kena install apps SHARE IT untuk direct ke phone kita.Overall The Lodge Maribaya best, nyaman je cuaca, bersih and makanan pun sedap. 10/10

Signature The Lodge. 
Redeem susu
Redeem voucher makan IDR5,000, harga tak cukup kena tambah ya



 The green Forest Resort

Actually before check in resort ni, kitorang nak pergi ke Farm House. Dan sampai hujan pula, takde rezeki nak jalan2. Tapi jangan risau kat resort ni pun ada rumah hobbit juga. Nice sangat stay kat sini, depan bilik ada sungai, hutan2. fuhh syahdu! Resort ni tak sediakan aircond/kipas, sejuk wehh siap pakai selimut walaupun takde aircond or kipas. Cuma siang panas, matahari direct masuk bilik. Siang kitorang jalan pusing-pusing resort, adalah juga aktiviti nak buatkan. Recommended resort ni lepas penat jalan, apa kata satu hari rehat kat sini. Jauh dari town. Tenang je rasa.




"Welcome to Ara Clarissa Little house"

Depan bilik je dah nice OOTD sis. haha

My lovely
Overall sis memang suka environment bandung ni sampai husband kata "bandung boleh repeat lagi" kita ONZZzzz kan aje. hihihi Btw, tak lupa juga bandung ni boleh buat poket suami rabak sebab kain lace, nak shopping kain lace dengan aman boleh pergi D'Fashion macam jakel lah kalau kat Malaysia, satu bangunan tu haa turun/naik lah korang tengok kain & staff pun friendly. Next, korang boleh minta supir bawa kedai telekung, kain sulam. Bagi aku 2 item ni sama je harga dia dengan Malaysia. Kain Lace & perfume worth it untuk borong. Tak lupa juga Kartika Sari, borong lah brownies & roti sedap yaamat lah! Okay laa sekian cerita Trip Bandung. See yah!


Click ni untuk vlog bandung kami, → Vlog bandung, Enjoy!

You Might Also Like

0 comments