- MAKANAN- Untuk makanan nak bawa pergi perth, make sure google dulu ape yang boleh or tak, sbb kat sana ada 'dog Scanner' untuk check beg luggage korang tau kat imegresen! Macam aku bawak maggi cup and brahim. Selamat 'Dog scanner' pun tak hidu beg kitorang!. haha
- VISA- Jangan lupa buat visa pelancong, valid 3 bulan je and RM20 !
- DUIT - Currency AUD3.26 . Nak shopping tukar lebih skit ya. Macam aku target taknak shopping. Duit hanya makan dan transport kat sana. Tukar RM800 sahaja ! CUKUP and habis licin balik malaysia.
-Cuaca - Cuaca kat sana sepanjang 4hari paling sejuk 15degree-33degree. Standby jaket kalau taktahan sejuk mcm aku
-Waze/ Google Map: kitorg dekat sana sangat bergantung kepada Waze(kerete). and google map unutk tempat walking distance. Senang! Semua tempat pakai waze/google map
Okay ni simple itinerary kitorg sepanjang kat sana, hampir semua tempat yg kitorg target nak pergi, sampai, Alhamdulilah.
Day 1 (29 November 2017)
Aku check In Kangaroo Inn (backpacker style: Family Room RM263 per night), bilik muat 5 org (tak campur dgn org lain), toilet luar (bersih! don't worry), kitchen area pun besar n bersih. senang cerita Kangaroo Inn sgt recommended and 5 bintang i bg. Dekat dengan Perth town/public transport/sebelah kedai makan melayu! senang kan! Dari Airport naik bus ke Elizabeth Quay (AUD4.7) dalam 30 minit sampai. Then dari Elizabeth Quay tu port bus (mcm pudu, pit stop bus). So amik line CAT BLUE BUS ke perth city. Walking distance untuk ke Kangaroo Inn (15minit). Simpan bag semua, terus Jalan2.
dorm Kangaroo Inn. Best besar satu bilik ni kita conquer |
ruang membaca kangaroo INN |
Theater room kangaroo INN |
kitchen kangaroo INN |
DAY 1 : Bell Tower london (more picture) |
DAY 1 : Bell Tower london Entrance (more picture) |
Dekat perth sangat bukan org je friendly, public transport pon senang nak faham. First day sampai naik Cat Blue Jalan2
Transport: CAT BLUE BUS
Fee : FREE OF CHARGES
Elizabeth Quay
London court
king park
Elizabeth quay |
Day 2 (30 November 2017)
Transport: Sewa kete 7pagi -5.30ptg dekat 'Hertz' ( untuk kereta sewa ni kene amik dan hantar sendri kerete, dari hotel dalam 15 minit utk amik kete. boleh google map untuk ke hertz ni, sewa kete kat sini mahal sbb kitorg beli insurans, in case jadi pape senang, share 3 org, sorg RM213)
The pinnacle ni ambil masa 2jam untuk sampai, entrance FEE untuk tmpt ni AUD13. then the view wallahhh! datang awal takde org tau!
Then wajib lalu sini singgah lobster shack, quit pricey separuh lobster harga dalam RM130 tau so kami bahagi 3 sahaja untuk rasa2. haha sgt fresh and sedap
lepas tu kami singgah licerin sand ni, tp singgah je, sbb dia mcm Pantai Klebang je, yang menarik sini sbb boleh sewa sandboard, tp kami pon taktau main. so malas nak turun. so untuk kerja masa sewa kete kami terus ke Carvesham Wildlife Park entrance fee AUD29, datang ngam2 time koala show. so boleh tgk comell nya koala and kangaroo!
|
caversham wildlife park |
lobster shack |
Day 3 ( 1 December 2017)
Freemantle Market.
Jalan kaki dari Kangaroo Inn terus amik Train dari Perth Underground ke Freemantle (AUD4.7 one way) perjalanan amik masa lebih kurang ke 35 minit.
Sampai je freemantle terus carik Fish n Chip yang famous kat sini , Kailis Fish market (bukak kol10) datang awal tak ramai org!
Satu hari kitorg dkt Freemantle. so ambil peluang bus free ni utk pusing2 freemantle ni. bus line RED CAT ad Blue. habis semua kiotrg pusing2!. hehe
Bagi nak beli souvenir wajib datang Megabess kat Freemantle, beza banyak dari yang lain. Megabess ni ada 2 kat Freemantle. 2 2 cawangan kami pergi, tapi owner tu claim, di freemantle market latest collection, tapi harga sama. boleh lah kalau nak pergi megabes kat freemantle or kat e-shed.
kaillis fish chip |
Day 4 ( 2 December)
untuk nak pergi blue boat ni takde line bus free untuk pergi, then kene pergi Elizabeth Quay (port bus) naik bus free ni dari perth city ke elizabeth quay (blue cat).
Dah sampai elizabeth quay cari bus yang ke Morley Bus ( A7). Tunjuk je driver nak pergi situ, naik bus ke sana AUD2.5 ( free utk 2 hours, so balik takyah bayar tunjuk tiket je)
Blue boat
habis je trip blue boat kami habis kan masa jalan2 pusing2 naik bus free bell tower. disebabkan flight kami hari 6.30pagi hari keesokkannya, kami habis kan masa dengan jalan2 pusing2 naik bus free, and jalan2 perth city!.
ape yang best nya Perth ni?
public transport senang
makan halal senang carik, kedai melayu pon ada.
semua friendly, rajin2 senyum, and say Hi / thank you / etc
yang patut di elakkan?
shopping! hahaha mahal weh bila convert kat RM. better habis kan makan okay! try semua makanan sana sedap2
sana banyak homeless tau, ada yang scary gilaa. better elakkan jumpa! lol